Followers

Sunday, February 27, 2011

bisikan hati untuk sahabat


sesuatu perhubungan itu terbina atas ranting kejujuran
bertunjangkan kasih sayang
lalu membuahkan kemanisan ikatan
jika terpesong maka patahlah ranting, reputlah akar lalu rosaklah buah
teman sejati bukanlah dekat bicaranya
tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan doanya
percintaan takkan pernah kekal sesama manusia
tapi kekal selamanya terhadap ALLAH
begitulah juga dengan persahabatan
kekal selamanya walau akhirat adalah penghujung dunia

sebuah kenangan indah tak kan mampu dilupakan
meski diri dilanda dehidrasi di gurun sahara
dan hiportemia di kutub utara
jasad hilang di segi tiga bermuda
atau fikiran melayang ke luar angkasa
kenangan itu tetap tersimpan rapi dikotak hatiku
takkan terusik dan akan dijaga seperti khazanah berharga
yang akan dijadikan halwa telinga keturunanku hingga akhir hayatku
                                                                        (umi salehah)

hadirku untuk menjadi sahabt pemberi ingatan
bukan untuk melalaikanmu
adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu
bukan penggoyah imanmu
namun andai diriku ibarat embun yang muncul kala dinihari
maka ingatlah aku masih di sini
sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari
walau rembulan jauh menyepi
ingatlah jua perjalanan kita tersangat jauh
kerana kita adalah insan yang telah ALLAH muliakan dengan iman
dan Dialah yang memberi kita peluang untuk bermujadalah

jadikanlah jalinan persahabatan antara kita
 terbina persis untaian tasbih
ada awal tiada penghujung
dibentuk untuk mengingati-Nya
dicantum kerana cinta-Nya
diratib semata-mata kerana redha-Nya
menitis airmata tika merasai kemanisannya
semoga jalinan persahabatan ini akan terus kekal dan dirahmati ALLAH

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan
dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati
dalam 2 hati Tuhan berikan 3 rasa..sayang,kasih dan kasihan
dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan
berkenalan, berteman, berkawan dan bersama
dalam 4 itu tersembunyi 5 perkataan
'teman baik selalu di sisi'
dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian
sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai serta mengingati
dan dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu
S.A.H.A.B.A.T

Tuhan...
sentuhlah hati sahabatku saat dia jauh dari-Mu
saat dia mencintai sesiapa lebih dari-Mu
peliharalah imannya selalu agar tidak goyah ketika dugaan bertamu
dan tidak gentar ketika cubaan bertalu-talu
Engkau jagalah dan sayangilah sahabatku ya ALLAH
kerana aku tahu Engkau akan menjaganya lebih baik daripadaku

No comments:

Post a Comment