Followers

Saturday, June 30, 2012

28 Mei 2012....1110 am..Isnin...7 Rejab 1433


detik yang tak pernah luput dalam jiwa ku..
masih terasa ia sebagai mimpi
serasa aku masih berada dalam mimpi yang panjang ketika ini
tapi aku harus terima kenyataan pahit ini dengan keredhaan
Allah lebih menyayangi mama
aku hanya sempat bertemu mama kurang daripada 12 jam
dan aku xsangka aku akan benar-benar kehilangan mama
serasa baru semalam mama memeluk dan berpesan
belajar baik-baik nak
doakan mama supaya sembuh
dan yang pasti mama tak sempat bertemu ramadhan kali ini

dan hati ini masih terkilan
mama tak sempat melepaskan rindu pada anaknya
yang lama tidak ditemui
tidakkah dia faham kiasan bahasa mama sebelum ini
tidakkah dia rasa menyesal kerana tak pernah berbakti pada orang tuanya
tidakkah dia menyesal membiarkan hati orang tuanya menunggu-nunggu kepulangannya
doa itu memang perlu tapi tidak pernahkah ada usaha untuk pulang
untuk bertemu orang tua yan melahirkan dan membesarkannya
tidakkah terdetik di hatinya untuk pulang bertemu orang tuanya
hati ku meronta meminta jawapan
dan aku xpasti adakah dia akan terus bahagia setelah apa yang dilakukannya kepada mama
dan aku berharap moga keampunan mama bersamanya
cukuplah ini menjadi pengajaran buatku dan abang serta kakak-kakak lain
dan aku yakin pasti ada hikmah yang telah Allah rencanakan atas semua ini
pintaku moga zuriat kami tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas kami

ya Allah
ampunkanlah dosa arwah mama kami
Engkau luaskanlah,lapangkanlah dan terangilah kuburnya
Engkau berikanlah arwah mama kami ketenangan,keamanan,kesejahteraan dan ketenteraman
masukkanlah dan golongkanlah arwah mama ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang beriman bertaqwa
masukkanlah arwah mama ke dalam syurga-Mu dan haramkanlah kakinya ke neraka-Mu
amin ya Robb

Sunday, May 13, 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??


◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,

◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..

Sunday, April 22, 2012

beTapa tertipunya kita selam ini...Astaghfirullah



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 


Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 


Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". 


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita? 


Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini. 


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. 


Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 


Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola… 
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 


Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 


Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..


KAN ADA buah kurma buah delima semua tu air yg bagus di buat minuman...cuka kurma ape lagi nak? KITA ADA NABI....KITA ADA QURAN IKUT DAPAT PAHALA DAPAT KHASIAT nah...fikir2 la wahai diri sendiri dan ibu2 bapa2 dan semua la baik lelaki mahupun wanita... selamat beramal...setting balik program kita buang pemikiran yahudi ni...

Sunday, April 15, 2012

BisiKan hatI mAmA



hari nie dah seminggu mama ku masuk wad...aku lansung xtau macamana keadaan mama masa ni
dengar suaranya hari tu pun dah buat aku nangis teresak-esak..
aku rasa aku belum kuat untuk kehilangan insan yang bernama mama ni..
"jgn nangis nak..belajar ja kau di sana,jgn risau sal mama...kalau baik..baik la mama ni..kalau x apa ble buat.."
kata2 tu masih terngiang2 di telinga ku...
Ya Allah beri la aku kesempatan utk bertemu ngan mama
berilah mama kesempatan utk melihat kejayaan ku..

aku tau mama banyak menderita...sejak kecil sampaila sekarang
mama memang seorang yang tabah
mengadu keperitan hati dalam diam..
aku kagum dengan mama
walau banyak dugaan hati melanda tapi mama tetap sabar
bertahan dalam diam...
moga aku seperti mama juga kelak..

aku tau mama mesti rindu ngan anak mama yang seorang
walau mama xluah kan, aku tetap faham..
hati ibu mana yang xsedih bertahun2 lama xjumpa ngan anaknya..
mama bukan mengadu sakit..tapi ada maksud tersirat di sebalik itu..
mama pasti nak cakap "nak balik la..mama rindu ngan kau.."
aku tau betapa pedihnya hati mama bila anak lansung endah x endah..
tidak kah terfikir redha Allah itu datang kerana redha ibu bapa
Rasulullah pernah bersbda..mafhumnya:

"redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.."
(Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.)

aku kesal la....
tak pernah kah letakkan diri ditempat mama
mama bukan nak doa dari anak saja tapi perhatian juga...
moga hati mu akan lembut...
aku berharap agar luangkanlah masa mu sekejap pun jadi la
sesaat pun tak apa
asalkan mama x'kempunan' nak jumpa

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de
ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



HATI MATI DISEBABKAN 10 PERKARA



1. Kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu masih lagi mengambilnya sebagai sahabat.

4. Kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi kamu meninggalkan sunnah dan pesanannya.

5. Kamu beriman dan ingatkan Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk memperolehinya.

6. Kamu mengaku dan beriman serta takut kepada api Neraka, tetapi kamu masih lagi melakukan dosa.

7. Kamu percaya mati itu mesti berlaku, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

8. Kamu sentiasa mengambil tahu hal keburukan orang lain, tetapi kamu lupa untuk mengambil tahu hal-hal keburukan sendiri.

9. Kamu makan rezeki yang Allah bagi, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

10. Kamu sering menghantar orang mati ke kubur, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar.

SUMBER: Najmie Kuantan

Saturday, April 14, 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.


Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

Kasih Allah Kasih Sejati, ♥ ~ Z ~ ♥
By: Dunia macam-macam

'biCarA antara mAnusia, maLaikAt dan sYaitan'



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola
t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.