Followers

Saturday, March 5, 2011

BiodAta mUsuH oRanG IsLam

http://www.cute-smiley.com
Biodata Iblis Laknatullah


Nama : Iblis laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Matlamat : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca istighfar
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat


InsyaAllah dengan adanya biodata sebegini kita akan lebih dapat mengenali musuh kita iaitu iblis laknatullah dan syaitan. Oleh itu marilah kita bersiap sedia untuk memperisaikan diri kita dengan iman yang teguh dan ketaqwaan yang utuh agar iblis dan syaitan gentar dengan kita sebagai mukmin.

Thursday, March 3, 2011

minah 'ponti' upgrade

alkisah...ada la sebuah kampung ni yang diberi nama kampung Pening Suku. penduduk kat situ tak lah ramai sangat macam kat kolumpo nun. bak kata nenek aku ada la dua tiga kerat rumahnya..nak dijadikan cerita, kat hujung kampung tu ada sebuah rumah yang boleh lah dikatakan agak kekurangan fasiliti, lampu takda apatah lagi paip air..paip untuk dihisap tu ada la kot.hahaha. kat rumah tu tinggal dua beranak jak. si bapa dan si anak. si emak dah lama pass away sejak si anak tu umur 5 tahun..kesian kan...kecik-kecik dah kehilangan kasih ibu...huhuhu...eh, melalut pla aku ni dari topik asal..hehehe...hmmm,, kat sebelah rumah dorang ni ada la sebatang pokok beringin.mang rimbun gila la pokok tu, sampaikan rasa nak tido jak bawa pokok tu.tapi yang bikin kacau ada la bah pulak orang bermastutin kat pokok tu..hohoho mesti korang dah terpikir sapa yang tinggal kat pokok tu kan..minah ni mang tak pernah takda, mang tak sah hidup dia mun tak bermastautin kat pokok tu...so nak jadi cerita minah ponti ni mang selalu sangatlah buat bising..suka betul melalak, tetengah malam buta g tu.huh! time2 orang nak bermanja ngan bantal bucuk sanalah dia nak berdondang sayang..sapa jugak tak hangin satu badan..satu hari tu sebab tak tahan g dengar  minah ponti ni melalak jak, si anak ni tanya ngan si bapa..."pa.macamana bah mau tutup mulut minah sekor tu?..sakit tingaku pa..lau dapat dihapuskan seantero alam ni lagi bagus...hahahha" lebih kurang gitu la pertanyaan dan luahan hati si anak tu kepada si bapa..so si bapa ni pun bagilah bah petua sikit untuk si anak ni..si bapa ni suh si anak sediakan paku tak kiralah berapa inci yang penting paku...pastu paku tu mesti ditukul kat kepala minah ponti supaya pencemaran bunyi dapat diatasi dengan segera...jadi lepas tu dengan 'excited'nya si anak ni pun p lah cabut sebatang paku kat tepi tingkap rumah dorang..kesian kan paku pun susah betul mau cari nasib baik ada yang boleh di'recycle' balik..lau tak kompom sampai mati lah kena dengar minah ponti tu melalak..malam tu kira2 jam 12 suku gitu la..si anak ni pun turun la p pokok tu dengan penuh semangat ni kunun...tapi malang misi si anak gagal....si minah ponti tu pla tambah kuat suara dia melalak..punya hangin si anak masa tu Tuhan jak tau...rupa2nya minah ponti tu dah siap2 pakai helmet nak selamatkan kepala dari kena paku..hampeh tul..dia terdengar bah pula aduan si anak..dahsyat tul la minah ponti ni...mang upgrade la...hahaha
so si anak tu tak dapat la jalankan misi dia tu...hampeh kan..

hah tu lah cerita aku yang paling hampeh...
so p/s:
lau minah ponti sanggup pakai helmet untuk selamatkan kepalanya dari kena paku..apatah lagi kepada  mereka yang bergelar sebagai penunggang motor..pakailah helmet anda untuk keselamatan.ingatlah orang tersayang. anda mampu mengubahnya...hehehehe
http://www.cute-smiley.com