Followers

Tuesday, December 6, 2011

bila emosi menguasai..inilah akan terjadi....

Tanpa aku sedari aku telah menyinggung perasaan orang lainaku terlalu ikut emosi yang suka bersendirian..bukan apa kadangkala aku lebih selesa bersendirian tanpa diganggu..tapi silapnya sikap aku ni telah menyebabkan orang lain terasa..maafkan aku..tapi aku  memang begini..
Walaupun rasa resah melanda diri pada ketika ini..tapi tembok ego masih terbina kukuh dalam dirihanya satu jalan penyelesaiantake apologies from that peoplenamun perkataan MAAF hanya terkurung di dalam mulut..tidak dapat diluahkan..antara malu dan takuthmmm manusia².

Wahai hati..
Janganlah terlalu ego
Relakan ego mu itu runtuh
Hanya seketika ku pinta
Untuk menuai hasil yang lebih lama

Wahai lidah..
Kenapa susah sangat kau luahkan kata maaf
Apabila hati sudah menginginkannya
Tidak akan terputus akan dirimu andai terluah

Wahai tangan..
Kenapa susah sangat kau membantu sang hati
Janganlah terikut sikap akan sang lidah
Tulislah dengan pena kata² maaf itu
Agar sang hati dapat ketenangan

Ya Allah..
hambaMu ini melakukan kesilapan demi kesilapan
tanpa aku sedari kesilapan itu datang kembali kepadaku

Ya Allah,
Bagaimana harusku tenang hati yang gundah gulana ini
Semua anggota yang Engkau kurniakan tidak mampu memperbaiki kesilapan itu
Hanya kerana sifat sombong dalam diri ini Ya Allah
Sungguh!!! Aku tidak layak hidup di bumiMu ini Ya Allah
Aku tidak layak bersifat sombong Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allahaku bertaubat
Bantulah aku Ya Allah menjernihkan keadaan ini
Bantu aku Ya AllahIm begging your help Ya Allah..

No comments:

Post a Comment