sedar tak sedar dah hampir habis tahun 2011 ni..bulan Ramadhan pun tak lama lagi akan mengunjungi orang-orang yang sentiasa merinduinya..adakah kita tergolong dalam kalangan tersebut???
dalam menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba ini sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan..terlalu banyak yang perlu dijaga,diperbaiki dan seangkatan dengannya lah..terutama sekali perkara yang berkaitan dengan nafsu..
suka saya mengambil bicara ilmu yang disampaikan oleh abang senior dalam masa 4 minit selepas dolat isyak tadi..katanya..menurut imam al-Ghazali...nafsu itu perlu dikawal..dan ia boleh dikawal dengan 3 cara;
- pakaian
maksudnya, kita wajiblah mengenakan pakaian yang sentiasa menutup aurat..tidak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan..sebab ia bukan saja dapat kawal nafsu malah dapat elakkan fitnah
- hadiri majlis ilmu
perkara ni memang sangat digalakkan dalam Islam..sebab banyak ilmu-ilmu baru dan berguna serta bermanfaat boleh diperoleh..dalam pada itu,kita juga boleh bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu persoalan yang berhubung kait tentang agama terutamanya
- bergaul dengan orang yang berilmu
orang yang berilmu ni sudah semestinya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai semua hal..oleh itu,,bila kita bergaul dengan mereka..kita dapat menjadikan mereka sebagai role model dan kita sendiri mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat sekaligus boleh meminta nasihat-nasihat jika memerlukannya
nafsu itu perlu dan sememangnya penting untuk kita..tapi perlu diingat..bukan mudah untuk mengurusnya..jadi kita perlu mantapkan diri tidak kira dari aspek amalan mahupun lahiriah kita..ilmu perlu dituntut bukan ditunggu datang bergolek di depan mata..kita perlu ada kesedaran dari saat ke saat untuk memperbaiki diri..
bersamalah kita memperingatkan diri masing-masing agar sentiasa berusaha perbaiki kualiti diri agar kita mampu berada pada tahap golongan muhsin..insyaAllah
nota kaki : muslim + mu'min = muhsin
(akan dikupas pada masa akan datang..insyaAllah)
No comments:
Post a Comment