Followers

Sunday, February 27, 2011

bisikan hati untuk sahabat


sesuatu perhubungan itu terbina atas ranting kejujuran
bertunjangkan kasih sayang
lalu membuahkan kemanisan ikatan
jika terpesong maka patahlah ranting, reputlah akar lalu rosaklah buah
teman sejati bukanlah dekat bicaranya
tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan doanya
percintaan takkan pernah kekal sesama manusia
tapi kekal selamanya terhadap ALLAH
begitulah juga dengan persahabatan
kekal selamanya walau akhirat adalah penghujung dunia

sebuah kenangan indah tak kan mampu dilupakan
meski diri dilanda dehidrasi di gurun sahara
dan hiportemia di kutub utara
jasad hilang di segi tiga bermuda
atau fikiran melayang ke luar angkasa
kenangan itu tetap tersimpan rapi dikotak hatiku
takkan terusik dan akan dijaga seperti khazanah berharga
yang akan dijadikan halwa telinga keturunanku hingga akhir hayatku
                                                                        (umi salehah)

hadirku untuk menjadi sahabt pemberi ingatan
bukan untuk melalaikanmu
adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu
bukan penggoyah imanmu
namun andai diriku ibarat embun yang muncul kala dinihari
maka ingatlah aku masih di sini
sentiasa berdoa agar terpelihara sepanjang hari
walau rembulan jauh menyepi
ingatlah jua perjalanan kita tersangat jauh
kerana kita adalah insan yang telah ALLAH muliakan dengan iman
dan Dialah yang memberi kita peluang untuk bermujadalah

jadikanlah jalinan persahabatan antara kita
 terbina persis untaian tasbih
ada awal tiada penghujung
dibentuk untuk mengingati-Nya
dicantum kerana cinta-Nya
diratib semata-mata kerana redha-Nya
menitis airmata tika merasai kemanisannya
semoga jalinan persahabatan ini akan terus kekal dan dirahmati ALLAH

Tuhan aturkan antara kita 1 pertemuan
dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati
dalam 2 hati Tuhan berikan 3 rasa..sayang,kasih dan kasihan
dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan
berkenalan, berteman, berkawan dan bersama
dalam 4 itu tersembunyi 5 perkataan
'teman baik selalu di sisi'
dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian
sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai serta mengingati
dan dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu
S.A.H.A.B.A.T

Tuhan...
sentuhlah hati sahabatku saat dia jauh dari-Mu
saat dia mencintai sesiapa lebih dari-Mu
peliharalah imannya selalu agar tidak goyah ketika dugaan bertamu
dan tidak gentar ketika cubaan bertalu-talu
Engkau jagalah dan sayangilah sahabatku ya ALLAH
kerana aku tahu Engkau akan menjaganya lebih baik daripadaku

Sunday, February 13, 2011

Tanda-tanda akAn kIamAt


Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak akan terjadi kiamat:

Sebelum timbul peperangan antara 2 pasukan besar, yang antara keduanya timbul peperangan besar sedang seruan keduanya sama.

Dan sebelum lahir beberapa dajal yang amat pandai berbohong, hampir sebanyak 30 orang, semua mendakwa dirinya utusan Allah.

Dan sebelum ilmu diambil, dan banyak pergolakan, zaman bertambah cepat, kekacauan bermaharajalela dan banyak huru-hara(pembunuhan).

Dan sebelum harta melimpah ruah di kalangan kamu sehingga orang yang berharta menginginkan orang yang akan memerima sedekahnya, lalu ditawarkannya tetapi orang yang ditawarkan itu mengatakan dia tidak lagi memerlukannya.

Dan sebelum orang banyak bermegah-megah dengan bangunan-bangunan besar.

Dan sebelum seseorang melalui kubur orang lain lalu ia mengatakan, "wahai, hendaknya aku di tempat dia".

Dan sebelum matahari terbit di tempat terbenamnya, dan apabila ia terbit dan dilihat oleh manusia maka mereka pin beriman semuanya, tetapi ketika itu keimanan tidak berguna lagi bagi orang yang belum beriman sebelumnya atau keimanannya belum menimbulkan usaha-usaha yang baik.

Ketika kiamat terjadi, 2 orang yang hendak berjual beli dan telah menghamparkan kain di hadapan mereka, tidak akan sempat meneruskan jual beli dan tidak sempat melipat kain.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yang baru selesai memerah susu sapinya tidak sempat hendak meminumnya.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yang memperbaiki tepi kolamnya tidak sempat meminum airnya.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yan mengangkat makanan ke mulutnya tidak sempat memakannya.

(Sahih Bukhari(terj), 1997, Klang Book Centre, Klang, Hadis no.1884, m/s 137-138<iv>)


kAta-KatA hIkmAh.....


tiada perkara yang paling aku sesali
sepertimana aku menyesal apabila
tenggalamnya matahari 
menandakan kian berkurang umurku
sedang amalku tidak bertambah pada hari itu
<Ibnu Mas'ud>

cariLah hikmah
dalam setiap ketentuan ALLAH
supaya timbul rasa kesabaran & kesyukuran
setiap yang payah itu
pasti ada kesenangan
setiap kesabarn itu
pasti ada ganjaran
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita
tiada siapa yang boleh beri halangan
namun....
jika sesuatu itu bukan ditakdirkan
untuk kita
pasti tidak akan kita dapat
walaupun sudah dalam
genggaman

kata-kata sahabat yang jujur
lebih besar harganya
daripada 
harta benda yang diwarisi
daripada nenek moyang...
<Saidina Ali>

kata Pujangga;
bersedakahlah kepada orang-orang yang miskin
akhlak dengan harga diri anda
dan...
janganlah menuntut balas terhadap mereka
ketika mereka mencerca, mencela @ menyakiti anda
kerana....
disisi ALLAH
semua itu ada gantinya...

dari Abu Yahya Shu'aib bin Sinan R.A berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh mengkagumkan urusan orang mukmin.
seluruh urusan @ keadaan mereka
sentiasa mengandungi kebaikan.
jika mendapat kesenangan,
ia bersyukur.
hal itu merupakan satu kebaikan.
dan jika ia ditimpa kesusahan,
ia bersabar.
itu juga merupakan kebaikan"
<Hadis Riwayat Muslim>

ketenangan itu
milik hati-hati yang beriman,
agar bercambah benih hikmah
dalam perlakuan...
orang yang banyak menderita jiwanya akan perkasa.. 
dan.....
orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat
ALLAH SWT...
bertuahlah apabila iman diuji
kerana..
jika sabar & tabah menghadapinya
pasti ada kemenangan yang menanti

ALLAH adalah pencinta sejati
Dia tak rela melihat
kekasih-Nya sedih...
tak suka melihat
kekasih-Nya berduka...
tapi kita?????
kita lansung tak pernah balas cinta ALLAH,
tak pernah hargai lansung  cinta-Nya...
malahan...
kita mencari cinta selain-Nya
sampaikan ALLAH bertanya
"wahai hamba-Ku yang Kukasihi,
tidak cukupkah cinta yang Kuberikan padamu selama ini?"
carilah cinta ALLAH, 
nescaya engkau tidak akan pernah kecewa
cintailah ALLAH
nescaya seluruh makhluk akan mencintaimu...
InsyaAllah.....

hiasilah tidur dengan titisan air wudhu,
lelapkanlah mata dengan alunan zikrullah,
selimutkanlah diri dengan kalimah syahadah,
alaskanlah tidurmu dengan sepotong doa..

wanita ibarat epal..
epal yang tak berkualiti
amat mudah diperolehi
kerana ia berguguran di tanah.
tapi...
epal yang tak mampu dibeli berada di puncak..
susah dipetik, susah diapai..
terkadang epal itu risau,
"kenapalah aku belum dipetik?"
lantas ia merendahkan martabatnya & menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja mampu memetiknya.
mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.
biarlah jodoh bukan di dunia
asalkan cinta ILLAHI sentiasa mengiringi...

MAKE UP MUSLIMAH....
jadikanlah 'ghadul basyar'(menundukkan pandangan) sebagai hisan mata,
nescaya semakin bening dan jernih.
oleskanlah 'lipstik kejujuran' pada bibir,
nescaya semakin manis.
gunakanlah pemerah pipi yang diperbuat daripada 'rasa malu' yang disaluti iman.
pakailah sabun 'istighfar' yang menghilangkan segala dosa.
rawatlah rambut dengan 'selendang Islami' yang menghilangkan 'kelemumur pandangan lelaki'
hiasilah kedua-dua tangan dengan gelang 'tawaduk' 
dan jari jemari dengan cincin ukhuwah.
bedakilah wajah dengan 'wudhu',
nescaya bercahaya di akhirat kelak...



cAhaYa......

Di hari kiamat ada TIGA CAHAYA yang berlainan :
1.         Cahaya yang pertama seperti BINTANG-BINTANG.
2.       Cahaya yang kedua seperti CAHAYA BULAN.
3.       Cahaya yang ketiga seperti CAHAYA MATAHARI.
·         CAHAYA PERTAMA ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia ini, mereka akan meninggalkan pekerjaan mereka dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
·         CAHAYA KEDUA ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
·         Dan CAHAYA KETIGA ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia ini sudah bersiap sedia berada di dalam masjid sebelum azan lagi.
Ingatlah saudaraku yang seIslam.Marilah kita sama-samal sepakat untuk menunaikan solat fardhu (wajib) di Masjid & dimana-mana sahaja Masjid .Mudah-mudahan bekalan yang kita perolehi ini dapat diterima Allah di akhirat kelak.Amin! Sama-samalah kita berdoa.


Di mAnAkaH bArIsaN kIta???

http://www.cute-smiley.com


Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18
  
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-
  
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. 

Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....

HadIah....

JASA ANDA DI DUNIA
ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang..
- Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang..
- Neraka WAIL sedang menunggu
3. Meringan-ringankan syariat..
- Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang..
- Gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah..
- Duri- duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan..
- Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia..
- Kemurkaan Allah bersama mu
8. Menyakiti hati orang dengan lisan..
- Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah..
- Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk..
- Amalan baik diambil orang
P/s: oleH itu marilah kita sama2 beringat & sentiasa Memperbaiki kualiti diri.ingat tuhttp://www.cute-smiley.com

Pesan Rasulullah Terhadap Aisyah r.a





Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum engkau melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum engkau khatam Al Qur'an.
2. Sebelum engkau membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum engkau para muslim meredhai kamu.Dan..
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah r.a : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimanakah aku dapat melaksanakan empat perkara seketika ? Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau hendak tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat kepadamu di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid ,bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."  ^_^ 

Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
Dalil Al Quran tentang Solat Jumaat
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)
Hadis tentang Solat Jumaat
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib solat Jumaat
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
Syarat sah solat Jumaat
  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah - rujuk (Khutbah Jumaat).
Haram tinggalkan solat Jumaat
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) ”

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat
  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rujukan

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

http://www.cute-smiley.com
Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa.


Sabda Muhammad Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
Syaitan menangis.
Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
Syaitan kencing. 
Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)
Syaitan tertawa(ketawa).
Nabi bersabda bermaksud:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkinbdan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).
Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut.
"Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."
(Hadis Riwayat Malik)
Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan.
Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).
Syaitan masuk dalam aliran darah manusia.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)
Syaitan takut orang yang solat berjemaah.
Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).
Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).
 Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."
(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)
nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.
Syaitan menghadang di saf solat.
Sabda Rasullullah:"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)
Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:
"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)
Syaitan kentut:
"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).
Syaitan menyelit disaf solat yang renggang:
Sabda Muhammad Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)
Syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya).
"Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"
(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".
(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Syaitan membuat mimpi buruk:
Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).
Syaitan mencelak mata.
Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.
Syaitan mengincu bibir.
Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.
Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.
Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.
Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.
Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.
syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.
Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6) Al-Quran

Saturday, February 5, 2011

aku mesti....!!!

argggghhh!!!!stressnya aku...time2 aku semangat wat keja situlah internet nak wat hal...hampeh tul...tu lah padahnya wat keja bertangguh..padan muka..wargghhh...i have no feeling udah ni..suma orang hepi elaun kuar..aku still wat do no.
my homework not yet finish..aiyakkkk..sacit jiwa ku eh..banyak tul mau fikir..tapi hati aku kosong betul tem ni..di kala2 ujan ni g..huh mang malas nak wat keja.tapi lusa dah kuliah..argghh..pantasnya masa berlalu..sakit kepala aku ni belum reda2 dari hari khamis tu..nak ketawa pun macam mau pecah kepala aku ni..ada hikmah kot tapi aku lum perasan atau xperasan lansung..hmmm
dua tiga hari ni mang xtenang hidup ku..ntahlah kenapa...ya Allah,berilah aku ketenangan..bantulah aku untuk meninggalkan sifat malas dan penyakit suka bertangguh ni..betapa hamba-Mu ini lemah dan kerdil...
berubah....berubah..berubah...itulah yang mesti aku wat sekarang..jangan biarkan masa mendahului..i should make a change..i must..aja-aja fighting..
chayo2http://www.cute-smiley.com

Thursday, February 3, 2011

Muhasabah bukan muhasarawak...

arggghhhhh!!!!! rindunya umah...nak balik kampung tapi keadaan tak mengizinkan..malas aku nak menyusahkan mereka di kampung....sebulan dah aku kat miri<utk tahun ni lah> aku rasa aku belum mengalami anjakan paradikma lagi coz when i see myself right now..have no changes ..still lazy like before..
kadang-kadang bila aku tengo rakan-rakan seperjuangan yang lain...aku termuhasabah diri..melihatkan semangat mereka yang sentiasa berkobar-kobar menjadikan aku begitu malu dengan diri sendiri,
terfikir juga 'bila lah aku nak berubah ni' hmmm......cuti tinggal 4 hari g...macam tak caya pla hari ni hari khamis dah...begitu pantas masa berlalu meninggalkan aku..tapi aku still di kepuk lama belum tersedar-sedar dari mimpi yang indah tapi menggerunkan..aku sentiasa terbuai dengan nikmat Allah tanpa aku syukuri nikmat-Nya..betapa aku hamba yang tidak mensyukuri nikmat..namun Allah tetap terus menerus memberi nikmat-Nya tanpa ada kekurangan sikit pun..betapa sayangnya Allah kepada umat manusia.tapi manusia tidak pernah sedar akan hal itu coz masing-masing dengan keegoan dan ketakburan masing-masing...padahal sifat itu tidak layak pun utk manusia yang lemah sebab apa???? manusia sapa jika dibandingkan dengan keagungan Allah..manusia mang xlayak mempersoalkan suma itu kerna manusia diciptakan utk bersyukur n menyembah Allah.
sedihnya aku sebab amat sedikit manusia yang mensyukuri nikmat Allah..semuanya terbuai dengan kepalsuan duniawi..agama hanya berperanan sebagai alat utk mengaburi mata orang lain...di manakah ke'pure'an Islam itu??kenapa kesyumulan Islam itu disalah ertikan???apakah Islam itu sudah hilang sirnanya???adakah Islam itu sudah tidak sesuai dipraktik pada zaman ini???? persoalan demi persoalan akan timbul...dan soalan-soalan itu akan terus berlegar-legar mencari jawapannya.............jawapannya ada pada diri manusia itu cuma tinggal utk diungkapkan dan difahami dihayati dan dipraktikkan..
kematian itu pasti...setiap makhluk Allah akan melaluinya...bersedia atau tidak ia pasti akan menjemput...rancanglah kematian utk kehidupan...oleh itu cukupkanlah bekal di dunia ini kerna dunia ini merupakan jambatan akhirat..baik didunia baiklah jua di akhirat kelak....
sapa pun kita..kaya miskin tua muda..itu tidak membawa apa-apa erti pun..kerna Allah hanya pandang amal dan ketaqwaan kita....ayuhh!!!!!!!!!!!!! mantapkan diri dengan bekalan iman taqwa dan amal..
http://www.cute-smiley.com
aja-aja figthing!!!!!!!!!

apa tu arrr

iyah!!!!..http://www.cute-smiley.com..baru senyap sikit dunia ni tapi still kedengaran letupan di sana sini bersahut-sahutan...ku kira-kira http://www.cute-smiley.comdekat sejam letupan-letupan tu bersahut-

sahutan...mulanya aku tak kisah coz mata ku dah mula memberat tambah g stress http://www.cute-smiley.comlaptopku kehabisan bekalan hidup...nak bersiap tido udah aku tu sekali ada wayang best bah pula pa lagi layannnn....hehehhehehe.http://www.cute-smiley.com.kebetulan pla malam ni

aku menumpang kasih kat umah kakak-kakak KPLI...dapatla tengo tv hehehehe

sikit g wayang best tu nak abis ngam-ngam klimaks, heronya kena tembak tiba-tiba

kak bet teriak panggil nama aku...masa tu mang letupan-letupan tu makin kuat n

sambung menyambung jak bunyinya...


dengan rasa terujahttp://www.cute-smiley.com aku pun keluar ke beranda...punya siok la bandar miri

bermandikan 'bunga api'  malam ni, aku tengo jam..patutlah kecoh..jam 12 udah

upanya yang aku teruja sangat banyak tul pattern bunga api tu…wahhhhh!!

Ni first tem aku Nampak bunga api begitu banyak sekali….hehehehehe


Hmmm  ni baru lega sikit...aman udah telinga aku..bunyi kipas jak aku

dengar..membuai-buai ni...mata pun kian kelat udah ni...huhuhu......


selamat malam miri
http://www.cute-smiley.com