Followers

Saturday, June 30, 2012

28 Mei 2012....1110 am..Isnin...7 Rejab 1433


detik yang tak pernah luput dalam jiwa ku..
masih terasa ia sebagai mimpi
serasa aku masih berada dalam mimpi yang panjang ketika ini
tapi aku harus terima kenyataan pahit ini dengan keredhaan
Allah lebih menyayangi mama
aku hanya sempat bertemu mama kurang daripada 12 jam
dan aku xsangka aku akan benar-benar kehilangan mama
serasa baru semalam mama memeluk dan berpesan
belajar baik-baik nak
doakan mama supaya sembuh
dan yang pasti mama tak sempat bertemu ramadhan kali ini

dan hati ini masih terkilan
mama tak sempat melepaskan rindu pada anaknya
yang lama tidak ditemui
tidakkah dia faham kiasan bahasa mama sebelum ini
tidakkah dia rasa menyesal kerana tak pernah berbakti pada orang tuanya
tidakkah dia menyesal membiarkan hati orang tuanya menunggu-nunggu kepulangannya
doa itu memang perlu tapi tidak pernahkah ada usaha untuk pulang
untuk bertemu orang tua yan melahirkan dan membesarkannya
tidakkah terdetik di hatinya untuk pulang bertemu orang tuanya
hati ku meronta meminta jawapan
dan aku xpasti adakah dia akan terus bahagia setelah apa yang dilakukannya kepada mama
dan aku berharap moga keampunan mama bersamanya
cukuplah ini menjadi pengajaran buatku dan abang serta kakak-kakak lain
dan aku yakin pasti ada hikmah yang telah Allah rencanakan atas semua ini
pintaku moga zuriat kami tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas kami

ya Allah
ampunkanlah dosa arwah mama kami
Engkau luaskanlah,lapangkanlah dan terangilah kuburnya
Engkau berikanlah arwah mama kami ketenangan,keamanan,kesejahteraan dan ketenteraman
masukkanlah dan golongkanlah arwah mama ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang beriman bertaqwa
masukkanlah arwah mama ke dalam syurga-Mu dan haramkanlah kakinya ke neraka-Mu
amin ya Robb

Sunday, May 13, 2012

MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??


◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,

◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..

Sunday, April 22, 2012

beTapa tertipunya kita selam ini...Astaghfirullah



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. 


Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. 


Teruskan membongkar kebijaksanaan zionis menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: 


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil". 


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para zionis ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut zionis ke nak ikut nabi kita? 


Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran zionis ini. 


Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. 


Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 


Para zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Orang Melayu kita juga yang ketagih minum coca-cola, pepsi-cola… 
Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 


Untuk pengetahuan, para zionis agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. 


Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..


KAN ADA buah kurma buah delima semua tu air yg bagus di buat minuman...cuka kurma ape lagi nak? KITA ADA NABI....KITA ADA QURAN IKUT DAPAT PAHALA DAPAT KHASIAT nah...fikir2 la wahai diri sendiri dan ibu2 bapa2 dan semua la baik lelaki mahupun wanita... selamat beramal...setting balik program kita buang pemikiran yahudi ni...

Sunday, April 15, 2012

BisiKan hatI mAmA



hari nie dah seminggu mama ku masuk wad...aku lansung xtau macamana keadaan mama masa ni
dengar suaranya hari tu pun dah buat aku nangis teresak-esak..
aku rasa aku belum kuat untuk kehilangan insan yang bernama mama ni..
"jgn nangis nak..belajar ja kau di sana,jgn risau sal mama...kalau baik..baik la mama ni..kalau x apa ble buat.."
kata2 tu masih terngiang2 di telinga ku...
Ya Allah beri la aku kesempatan utk bertemu ngan mama
berilah mama kesempatan utk melihat kejayaan ku..

aku tau mama banyak menderita...sejak kecil sampaila sekarang
mama memang seorang yang tabah
mengadu keperitan hati dalam diam..
aku kagum dengan mama
walau banyak dugaan hati melanda tapi mama tetap sabar
bertahan dalam diam...
moga aku seperti mama juga kelak..

aku tau mama mesti rindu ngan anak mama yang seorang
walau mama xluah kan, aku tetap faham..
hati ibu mana yang xsedih bertahun2 lama xjumpa ngan anaknya..
mama bukan mengadu sakit..tapi ada maksud tersirat di sebalik itu..
mama pasti nak cakap "nak balik la..mama rindu ngan kau.."
aku tau betapa pedihnya hati mama bila anak lansung endah x endah..
tidak kah terfikir redha Allah itu datang kerana redha ibu bapa
Rasulullah pernah bersbda..mafhumnya:

"redha Allah terletak pada redha ibu bapa..
dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.."
(Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.)

aku kesal la....
tak pernah kah letakkan diri ditempat mama
mama bukan nak doa dari anak saja tapi perhatian juga...
moga hati mu akan lembut...
aku berharap agar luangkanlah masa mu sekejap pun jadi la
sesaat pun tak apa
asalkan mama x'kempunan' nak jumpa

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de
ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".



HATI MATI DISEBABKAN 10 PERKARA



1. Kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu masih lagi mengambilnya sebagai sahabat.

4. Kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi kamu meninggalkan sunnah dan pesanannya.

5. Kamu beriman dan ingatkan Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk memperolehinya.

6. Kamu mengaku dan beriman serta takut kepada api Neraka, tetapi kamu masih lagi melakukan dosa.

7. Kamu percaya mati itu mesti berlaku, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

8. Kamu sentiasa mengambil tahu hal keburukan orang lain, tetapi kamu lupa untuk mengambil tahu hal-hal keburukan sendiri.

9. Kamu makan rezeki yang Allah bagi, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

10. Kamu sering menghantar orang mati ke kubur, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar.

SUMBER: Najmie Kuantan

Saturday, April 14, 2012

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG KITA.


Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyembut namaNya.

Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya.

Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah.

Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah.

Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepadaNya.

Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya.

Oleh itu ...
jangan terlalu banyak ketawa.
jangan terlalu bersuka ria.
kerana Allah akan jauh dari kita.

Kasih Allah Kasih Sejati, ♥ ~ Z ~ ♥
By: Dunia macam-macam

'biCarA antara mAnusia, maLaikAt dan sYaitan'



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola
t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



Sunday, January 8, 2012

perKongSian darIpadA LeO mAtSi, sAhaBaTkU

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SAHABAT2KU YANG DIKASIHI... SEMOGA SEDAR DARI LAMUNAN YANG PANJANG..

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:- “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan)...
.........توفنى مسلما والحقنى بالصلحين
matikanlah daku dalam Islam dan dekatkanlah daku dengan orang2 soleh ... amin YA ALLAH ..

Tuesday, December 6, 2011

bila emosi menguasai..inilah akan terjadi....

Tanpa aku sedari aku telah menyinggung perasaan orang lain…aku terlalu ikut emosi yang suka bersendirian..bukan apa kadangkala aku lebih selesa bersendirian tanpa diganggu..tapi silapnya sikap aku ni telah menyebabkan orang lain terasa..maafkan aku..tapi aku  memang begini..
Walaupun rasa resah melanda diri pada ketika ini..tapi tembok ego masih terbina kukuh dalam diri…hanya satu jalan penyelesaian…take apologies from that people…namun perkataan ‘MAAF’ hanya terkurung di dalam mulut..tidak dapat diluahkan..antara malu dan takut…hmmm manusia²….

Wahai hati..
Janganlah terlalu ego
Relakan ego mu itu runtuh
Hanya seketika ku pinta
Untuk menuai hasil yang lebih lama

Wahai lidah..
Kenapa susah sangat kau luahkan kata maaf
Apabila hati sudah menginginkannya
Tidak akan terputus akan dirimu andai terluah

Wahai tangan..
Kenapa susah sangat kau membantu sang hati
Janganlah terikut sikap akan sang lidah
Tulislah dengan pena kata² maaf itu
Agar sang hati dapat ketenangan

Ya Allah..
hambaMu ini melakukan kesilapan demi kesilapan
tanpa aku sedari kesilapan itu datang kembali kepadaku

Ya Allah,
Bagaimana harusku tenang hati yang gundah gulana ini
Semua anggota yang Engkau kurniakan tidak mampu memperbaiki kesilapan itu
Hanya kerana sifat sombong dalam diri ini Ya Allah
Sungguh!!! Aku tidak layak hidup di bumiMu ini Ya Allah
Aku tidak layak bersifat sombong Ya Allah
Ampunkan aku Ya Allah…aku bertaubat
Bantulah aku Ya Allah menjernihkan keadaan ini
Bantu aku Ya Allah…I’m begging your help Ya Allah..

pengalaman vs pengajaran

Tidak ku sangka kenangan atau lebih senang dipanggil ‘dosa semalam’ datang bertandang…betapa jahilnya diri ku membiarkan nafsu menguasai segala-galanya..tapi Alhamdulillah Rahmat dan Rahim Allah tetap menaungi perjalanan ku yang singkat ini…syukur sangat² Allah masih menyayangiku…
Semalam kubuka semula coretan² silam yang telah kutulis bila hati ini disakiti oleh insane bernama lelaki yang bukan bergelar suami..Astaghfirullah..bila dikenang semula..malunya aku pada Allah Taala, Rasulullah SAW, mak bapa aku…apa dah aku buat selama ni…syukurla rahim Allah sentiasa ada buat umat islam..
Generasiku..bangunlah dari tidur dan mimpi yang indah..hidup kita tidak lama..sekejap saja kerana dunia ini hanya pinjaman saja buat kita…wahai kaum hawa..beringatlah kita semua..jangan dedahkan apa yang patut untuk suami kita pada orang lain…berdosa kita,kelak kita tidak akan dapat mengecapi kemanisan rumahtangga..
Wahai kaum adam..dirimu amat berkuasa pada pandangan mata sang hawa..janganlah disalahgunakan pula kelebihan itu untuk menundukkan sang hawa yang bukan isterimu..kasihanilah dirimu dan ibu bapamu..mahukah kamu di akhirat kelak, kamu akan mengheret kedua orang tuamu akibat tidak mengajar kamu dengan baik..kasihanilah mereka kerana tanpa mereka tidaklah kita ke dunia..
Malulah kita kepada Allah..tanpa Allah setiap daripada kita ini tiidak akan wujud..segala ciptaanNya juga pasti tiada…bumi ini Allah yang punya..kita tidak berhak merosakkannya dengan maksiat..hatta maksiat yang sekecil zarah sekalipun..kita tidak layak untuk itu…ingatlah kita ini siapa untuk melawan peraturan yang dah ditetapkan oleh Allah..kita bukan siapa² Cuma makhlukNya saja yang tidak mempunyai apa² kuasa pun pada pandangan Allah..
Diri ini rasa terpanggil untuk menasihati,,bukan untuk orang lain sahaja..malahan untuk diri ini juga..kerana manusia mana yang tak pernah terlepas daripada kesilapan..Allah Maha Pengampun..yakinlah bahawa Allah akan mengampuni kita.tapi jangan bertangguh dalam bertaubat, kita tak tahu bila giliran kita akan dipanggil kembali..beringatlah kita sebelum terkena azab yang pedih..ketika itu pintu taubat telah ditutup..peluang untuk kembali ke dunia sudah tidak ada..Firman Allah;
“Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali (terlaksananya kebenaran) Al Quran itu. pada hari datangnya kebenaran pemberitaan Al Quran itu, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu: "Sesungguhnya Telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak, Maka Adakah bagi kami pemberi syafa'at yang akan memberi syafa'at bagi kami, atau dapatkah kami dikembalikan (ke dunia) sehingga kami dapat beramal yang lain dari yang pernah kami amalkan?". sungguh mereka Telah merugikan diri mereka sendiri dan Telah lenyaplah dari mereka tuhan-tuhan yang mereka ada-adakan.”
Surah al-A’raf 7:53

Diri ini masih banyak kekurangan..masih banyak perlu diperbaiki untuk masa depan yang gemilang..bukanlah berkata untuk memandai²..ambil mana yang baik buang mana yang tak patut..terlalu banyak pengalaman ingin dikongsi agar jadi panduan kita bersama tapi cukuplah sekadar ini..bersamalah kita menjadi muslim terbaik…
Kepada sang hawa ingat pesanku..jangan jadikan dirimu terlalu ‘murahan’ di mata sang adam..kita manusia biasa masing² punya misi dan visi…cinta Allah perlu dikejar agar apa yang dah dikendong tidak berciciran..jangan persiakan hidup ini..ingatlah kasih sayang Allah amat besar buat kita sang hawa..carilah di mana ia berada dan bagaimana ia boleh diperolehi..kita paling mudah masuk syurga dan kita juga paling mudah masuk neraka..nauzubillah..
Harapanku kepada kaum adam..pimpinlah kami ke jalan Allah bukannya ke jalan yang penuh maksiat…kepimpinan mu amat di dambakan agar kami sang hawa ini lebih cintakan Allah dan rasulNya..jadikanlah dirimu seorang suami yang baik dan soleh kepada isterimu, ayah yang baik dan soleh kepada zuriat²mu dan anak yang baik dan soleh serta mendoakan ayah ibu mu dan ayah ibu isterimu…jagalah mereka agar kau juga beroleh kesenagan kelak..aminnnnn

By hand
Mardhya90

Sunday, October 9, 2011

7 Golongan dalam kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


beringat sebelum kena

Dalam satu peperangan, angkatan perang orang islam bersedia untuk berperang dengan tentera Rom. Pada masa tu tentera islam terdiri daripada 70 ribu org dan tentera Rom pula terdiri daripada 700 ribu org! Apabila pihak Rom mengetahui jumlah tentera islam yang sedikit itu, mereka mula berpesta, tari menari, minum dengan riangnya kerana mereka yakin kali ini mereka akan dapat menewaskan orang islam.
Seorang Rahib/Paderi mereka mengatakan, " Kita tidak akan dapat mengalahkan orang islam walaupun bilangan mereka sedikit dan bilangan kita ramai". Orang ramai kehairanan,"mengapa pula?" Mereka mula bertanya. " Kerana nabi mereka telah tinggalkan mereka satu kerja, iaitu kerja Dakwah. Di belakang mereka ada Kerajaan yang besar. Mereka ada Allah bersama2 mereka. Jika gunung halang,gunung akan hancur, jika lautan halang, lautan akan kering!" Tentera2 Rom tergamam seketika. "Jadi macam mana kita nak kalahkan mereka?" Rahib pun berkata," Kita sibukkan mereka dengan dunia, sibuk dengan pekerjaan2, sibuk dengan ladang dan urusan2 lain sehingga mereka lupa untuk buat kerja dakwah, dalam keadaan ini kita akan binasakan mereka".

renung-renungkan dan selamat beramal..
J

Saturday, October 8, 2011

✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

'Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'. Naudzubillah!

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_
Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”
Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.
Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.
Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.
Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,
✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”
Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.
✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.
✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”
Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.
Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.
✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”
Satu suara menjelaskan kepada saya.
Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.
Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.
Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.
✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.
✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?
✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"
Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.
“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”
p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..
❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤

pilih la mana satu yang kau mahu..

Seorang lelaki X bertanya kpd seorang lelaki muslim..

X : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim :tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye,
 Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusannya..
kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..
lalu bertanya kpd lelaki X
"Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

X: sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.. J

Friday, October 7, 2011

pesanan Rasulullah....

Jauhilah kamu dari bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah, tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan di antara keduanya dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.

Wasiat Imam Syafie...

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni'mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Saturday, July 9, 2011

salahkah aku????

kita selalu nampak kesalahan orang lain..selalu tegur orang lain bila mereka buat salah..masa tu tak fikir sama ada orang tu terima teguran tu atau sebaliknya..kenapa kita mudah melihat kesalahan orang berbanding kebaikan yang mereka buat?


tapi kesalahan kita sendiri kita tak nampak..saya pun hairan..hendak dikatakan benda tu fitrah rasanya tak..saya bangkitkan isu ni sebab saya telah banyak lakukan kesalahan seumpama itu..merantau dibumi orang banyak mengajar saya..bukan semua benda kita harus tahu lebih-lebih lagi aib orang..malahan jika kita tahu benda tu kita diwajibkan untuk menyimpannya sebagai rahsia..


namun menghairankan manusia pada zaman sekarang ni suka betul cari kesalahan orang ..kalau boleh biarlah dia tahu semua kesalahan orang tu then canangkan kat satu dunia..astaghfirullahal'azim..kalau asik nak jaga tepi kain orang bila lagi nak jaga tepi kain sendiri?bila lagi nak majukan diri?benda begini just buang masa jak...pepatah arab ada mengatakan;


 "MASA ITU UMPAMA PEDANG,JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA,IA AKAN MEMOTONG KAMU"


sampai begitu sekali masa itu diumpamakan..tapi sayang tiada perubahan yang berlaku..


alhamdulillah perjalanan saya ke bumi miri ni banyak mengajar dan mendewasakan saya..di sini saya sedar tidak semua perkara kita kena dan patut ambil tahu..cukuplah sekadar tahu yang tidak terlalu tahu(peningkan hehehe)...


konklusinya,,jika kita tahu orang kain buat keslahan jangan dicanang kesalahnnya pada dunia..cukuplah benda tu jadi pengajaran buat kita..paling penting jangan bersangka buruk pada allah dan orang lain.

Friday, July 8, 2011

kuliah 4 minit

sedar tak sedar dah hampir habis tahun 2011 ni..bulan Ramadhan pun tak lama lagi akan mengunjungi orang-orang yang sentiasa merinduinya..adakah kita tergolong dalam kalangan tersebut???

dalam menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba ini sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan..terlalu banyak yang perlu dijaga,diperbaiki dan seangkatan dengannya lah..terutama sekali perkara yang berkaitan dengan nafsu..

suka saya mengambil bicara ilmu yang disampaikan oleh abang senior dalam masa 4 minit selepas dolat isyak tadi..katanya..menurut imam al-Ghazali...nafsu itu perlu dikawal..dan ia boleh dikawal dengan 3 cara;
         - pakaian
 maksudnya, kita wajiblah mengenakan pakaian yang sentiasa menutup aurat..tidak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan..sebab ia bukan saja dapat kawal nafsu malah dapat elakkan fitnah  

         - hadiri majlis ilmu
perkara ni memang sangat digalakkan dalam Islam..sebab banyak ilmu-ilmu baru dan berguna serta bermanfaat boleh diperoleh..dalam pada itu,kita juga boleh bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu persoalan yang berhubung kait tentang agama terutamanya

         - bergaul dengan orang yang berilmu
orang yang berilmu ni sudah semestinya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai semua hal..oleh itu,,bila kita bergaul dengan mereka..kita dapat menjadikan mereka sebagai role model dan kita sendiri mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat sekaligus boleh meminta nasihat-nasihat jika memerlukannya

nafsu itu perlu dan sememangnya penting untuk kita..tapi perlu diingat..bukan mudah untuk mengurusnya..jadi kita perlu mantapkan diri tidak kira dari aspek amalan mahupun lahiriah kita..ilmu perlu dituntut bukan ditunggu datang bergolek di depan mata..kita perlu ada kesedaran dari saat ke saat untuk memperbaiki diri..

bersamalah kita memperingatkan diri masing-masing agar sentiasa berusaha perbaiki kualiti diri agar kita mampu berada pada tahap golongan muhsin..insyaAllah

nota kaki : muslim + mu'min = muhsin
                   (akan dikupas pada masa akan datang..insyaAllah)

        



Majalah GenQ..terbaik




GenQ (Genarasi al-Quran) MAJALAH TERBARU TELAGA BIRU..adik kepada MAJALAH SOLUSI..

Harga: RM7 Semenanjung/ RM9 sabah/sarawak

Pengedar teramat di perlukan..

Hubungi..
013-2227265 (Mobile stokis Lahad datu)
013-8320042 (Mardianah/IPG Sarawak Miri)
014-8696002 (Ramadan/Keningau)
013-2569784 (Aina/Keningau)
013-3005604 (miza/papar)
014-8659501 (Sukianto/Tawau)
013-6389704 (Nadrah/IPG melaka)
013-2227293 (Farhan/MRSM Langkawi)

Ciri-ciri GenQ

1. Bicara daripada Quran dan Hadis yang diselaraskan dengan tuntutan zaman,
2. Bersaiz kecil senang dibawa
3. Dikemukakan dalam bahasa santai
4. Penuh dengan persoalan dan jawapan
5. Menunjukkan arah karier dengan uswah-uswah yang telah berjaya di kalangan Doktor perubatan, Doktor gigi, juruterbang, akauntan yang berminda Islamik
6. Penuh dengan hikmah, petua, doa dan bimbingan berserta pengajaran,
7. berwarna warni dengan kertas berkualiti
8.I su-isu semasa untuk remaja seperti cinta dan petua untuk cemerlang


Apa yang menarik dalam majalah Gen-Q?

Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd dan diedarkan secara ekskluisif oleh Stormreaders Network Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.



Menjadi pelopor kepada majalah remaja Islamik



Sememangnya hajat penerbit yang mahukan dakwah menjadi teras kepada setiap apa yang diterbitkan, maka lahirnya majalah Gen-Q mengisi salah satu ruang yang masih kosong dalam bidang penerbitan majalah, iaitu pengisian Islami ke dalam jiwa remaja dan generasi baru.

Tidak boleh berkata tidak, setiap remaja yang dilahirkan Islam wajib istiqamah dalam pegangannya. Peranan ibu bapa dan pendidik pula adalah memastikan anak tanggungannya sentiasa mengikut rapat dalam lingkungan syariat Islam. Penerbitan majalah Gen-Q ini, dengan izin Allah, sebagai sekelumit bantuan kepada merealisasikan tanggungjawab ibu bapa dan pendidik itu untuk menjadikan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga hasil usaha team majalah Telaga Biru Sdn Bhd dan dibantu secara khusus oleh Stormreaders Sdn Bhd ini akan menjadi manual kepada kehidupan remaja dalam mengharungi kehidupan ke arah ketakwaan. Amin.



Membina Generasi al-Quran Kreatif



Di samping permulaan yang baik, komuniti Gen-Q mengharapkan kerjasama semua agar sama-sama membawa kemanisan Islam ke dalam hati generarasi kini yang amat memerlukan pembimbing. Gen-Q tidak akan membiarkan mereka terawang-awang tanpa tali sebagai pemandu.

Kesudahannya, insya-Allah, setiap niat yang baik akan disusuli dengan perbuatan yang baik. Ayuh, kita bergerak bersama!